PONTIAN: Seorang penolong pengurus Pos Malaysia Berhad (PMB) cawangan Pontian nyaris maut apabila ditetak dua lelaki yang menceroboh dan melarikan wang tunai kira-kira RM118,000 dalam kejadian samun di Pejabat Pos Pontian, di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, mangsa, Abd Jalil Jaafar, 55, dikatakan seorang diri dalam pejabat sedang menutup akaun tiba-tiba didatangi dua lelaki memakai topi keledar yang mengarahkannya menyerah wang.
Jalil yang dikatakan cuba menghalang tindakan penyamun terbabit kemudian ditetak dengan sebilah parang pada tangan kirinya dan dihentak kepala dengan belakang parang sebelum mereka melarikan wang tunai kira-kira RM118,000 yang disimpan di dalam peti besi.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muzammil Hashim, berkata pihaknya percaya penyamun terbabit memasuki premis berkenaan melalui pintu belakang yang tidak berkunci.
"Ketika mangsa mendakwa tiada wang, penjenayah terbabit yang bertutur dengan loghat Indonesia dikatakan marah kemudian menetak tangan mangsa sebelum mengambil wang yang disimpan di dalam peti besi pejabat berkenaan dan melarikan diri.
"Akibat tetakan itu, mangsa menjerit meminta tolong sebelum didengari dan diselamatkan oleh seorang kakitangan pejabat pos yang tinggal di atas premis berkenaan," katanya di sini, semalam.
Muzammil berkata, mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Pontian sebelum dihantar ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, malam kelmarin.
Katanya, polis kini menjalankan siasatan lanjut memandangkan tiada pihak melihat kejadian sebenar, termasuk kakitangan pejabat Pos yang tinggal diatas premis terbabit. - Sumber