Ahad, 2 November 2008

Ah Long - Johor (Johor Baru) NOV

JOHOR BAHRU: Seorang pemilik gudang dan seorang pekerja wanita ditemui mati kira-kira 100 meter antara satu sama lain dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian di Banjaran 3, Kempas, di sini, pagi semalam.

Mangsa, Loh Choon Kian, 35, dipercayai ditetak sebanyak tujuh kali pada badan, leher dan tangan ditemui oleh isterinya yang berusia dalam lingkungan 30-an di dalam stor manakala pekerja wanita warga Indonesia dikenali sebagai Salimah, 20-an, ditemui mati dalam semak di belakang gudang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak, berkata pihaknya menerima maklumat daripada isteri mangsa yang mendakwa menemui suaminya parah dipercayai ditetak dengan senjata tajam di dalam stor berkenaan, kira-kira jam 5 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang dipercayai mati di tempat kejadian bagaimanapun cuba dihantar ke Hospital Kempas, di sini untuk mendapatkan rawatan.

"Pemeriksaan polis kemudian menemui seorang lagi mangsa iaitu seorang wanita warga Indonesia, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

"Mangsa juga mempunyai kesan tetakan pada leher dan tangan ditemui mati di dalam semak kira-kira jam 9.30 pagi," katanya di sini, semalam. - Sumber

0 Ulasan: