Khamis, 19 Jun 2008

Wang - Selangor (Bangi) JUN

KAJANG - Seorang penghantar kuih pau mengalami mimpi ngeri apabila dia bukan saja kerugian RM1,000 malah turut ditetak selepas diterajang dalam kejadian samun berhampiran sebuah kilang pau di Bandar Teknologi Bangi di sini pagi semalam.


MOHD. SHAMSUDIN menunjukkan kesan tetakan di kepalanya selepas disamun di Bandar Teknologi Bangi, Kajang semalam.

Semasa kejadian pukul 4.30 pagi, Mohd. Shamsudin Wakidon, 52, mahu turun dari van miliknya untuk masuk ke kilang pau dan mengambil bekalan bagi dihantar ke kedai-kedai di sekitar Tapah, Perak.

Bagaimanapun, beliau berkata, tanpa diketahui dari mana arahnya tiba-tiba ada dua lelaki telah memukul dan menariknya masuk ke dalam semak tidak jauh dari kilang itu.

"Dalam semak tersebut saya lebih terkejut apabila nampak seorang pengawal keselamatan kilang pau turut berada dalam semak dengan tangannya telah diikat.

"Saya cuba untuk melepaskan diri tetapi terbantut apabila nampak empat lagi suspek lain turut berada dalam semak itu," kata beliau yang tinggal di Taman Restu di sini.

Menurut Shamsudin, Katanya, dompetnya yang mengandungi wang RM1,000 dan sebuah telefon bimbitnya telah dirampas oleh salah seorang suspek itu.

Katanya, beliau cuba melawan menyebabkan kepalanya ditetak menggunakan parang panjang dan berkilat. - Sumber

0 Ulasan: