KUALA LUMPUR - Empat lelaki bersenjatakan parang dipercayai mengatur strategi terlebih dahulu sebelum merompak tujuh pekerja sebuah bank dan melarikan wang berjumlah RM7,000 di Taman Midah di sini semalam.
Beberapa anggota polis menyiasat kejadian tujuh pekerja dirompak di sebuah bank di Taman Midah, Cheras semalam.Kejadian yang mengambil masa hanya tiga minit itu berlaku pukul 8.30 pagi iaitu setengah jam sebelum bank tersebut membuka operasinya.
Difahamkan, dua daripada empat lelaki tersebut membonceng dua buah motosikal yang ditunggangi dua rakan mereka.
Kedua-dua suspek yang memakai topi keledar bertutup penuh itu mulanya berpura-pura mahu mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM).
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abd. Rahim Hamzah Othman berkata, dua lelaki tersebut kemudiannya menendang seorang pengawal keselamatan yang sedang membuka pintu masuk ke kaunter kepada para pekerja bank.
"Seorang daripada mereka kemudiannya mengacukan parang ke leher pengawal keselamatan itu dan merampas pistol jenis glock milik pengawal itu sebelum suspek itu mengarahkan tujuh pekerja bank tersebut supaya menyerahkan barang berharga milik mereka.
"Antara barang yang dilarikan termasuk telefon bimbit, wang milik para pekerja bank tersebut, jam dan barang kemas yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM7,000,'' katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. - Sumber
0 Ulasan:
Catat Ulasan