GEORGETOWN: Kasih seorang abang membuatkan dia bertindak nekad dengan tangan kosong mempertahankan adiknya daripada ditetak dengan parang hingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi pada 11 Jun lalu, S Nathan, 29, dan Suresh, 27, diserang tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang di kawasan rehat bersebelahan plaza tol Kamunting, dekat Taiping, Perak.
Dua beradik itu bekerja sebagai pemandu van membawa pekerja kilang dari ladang sekitar Bagan Serai ke plaza tol berkenaan sebelum pekerja terbabit dibawa dengan bas kilang ke Prai, Pulau Pinang.
Ketika kejadian, mereka baru menghantar pekerja syif pagi ke plaza tol berkenaan dan sedang menunggu ketibaan pekerja syif malam pula untuk dihantar ke rumah masing-masing.
Mengimbas kejadian mengerikan itu, Nathan berkata, sebuah kereta Proton Waja berhenti bersebelahan van mereka sebelum tiga lelaki bertopeng keluar dengan seorang lagi lelaki menunggu dalam kereta.
Menurutnya, tiga lelaki itu berjalan dan mula menyerang adiknya dengan parang yang dalam perjalanan untuk membuang air kecil.
“Saya melihat kejadian daripada dalam van dan bergegas keluar untuk membantu adik. Saya bertanya mengapa menyerang kami tetapi mereka hanya berdiam diri dan terus melibas dengan parang tanpa belas kasihan,” katanya.
Akibat kejadian itu, Nathan putus pergelangan tangan kanan manakala jari tangan kirinya cedera teruk termasuk ada yang hampir putus.
Suresh berkata, dia merayu beberapa kali kepada kumpulan itu supaya berhenti daripada menyerangnya dan berbincang tetapi mereka tidak mempedulikannya.
“Saya terhutang nyawa kepada abang kerana sanggup menahan tetakan seorang daripada penyerang.
“Sekiranya dia tak berbuat demikian, tak tahulah sama ada saya masih hidup atau tidak hari ini sebaliknya dia pula kehilangan tangannya,” katanya.
Suresh ditetak pada bahagian badan, selain dua jari tangan kanan, satu jari tangan kirinya turut putus.
Katanya, dia dan abangnya bernasib baik berjaya melarikan diri dan hanya dikejar ‘sekerat jalan’ oleh kumpulan penyerang sebelum meninggalkan kawasan itu. - Sumber

0 Ulasan:
Catat Ulasan