KUALA LUMPUR: Puluhan pengunjung pasar pagi di Jalan Udang Siar 2, Taman Seri Segambut di sini, gempar apabila sekumpulan lelaki bersenjata parang menyerang sebelum menetak mati seorang lelaki.
Dalam kejadian jam 11.55 pagi, mangsa N Lingam, 41, yang juga pemandu lori, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Difahamkan sebelum kejadian lapan lelaki menaiki empat motosikal tiba-tiba muncul sebelum menyerang mangsa yang ketika itu berbual menggunakan telefon bimbit.
Mangsa dikatakan cuba mempertahankan diri dan melarikan diri, tetapi penjenayah terbabit mengejarnya sebelum menetak mangsa sehingga mati.
Pengunjung pasar hanya mampu melihat kejadian dan tidak berani menghulurkan bantuan selepas diugut akan dicederakan jika membantu mangsa.
Jurucakap polis berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Siasatan awal mendapati mangsa maut selepas parah akibat terkena objek tajam dipercayai parang.
“Sejurus memberhentikan motosikal, lapan lelaki terbabit terus menyerang mangsa yang ketika itu sedang berbual melalui telefon sehingga dia menemui ajal,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Orang ramai yang berada di kawasan itu juga gagal mengecam wajah suspek serta nombor pendaftaran dan jenis motosikal digunakan suspek.
Difahamkan mangsa mempunyai tujuh rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan samun.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa ketika kejadian dia melihat sekumpulan lelaki memakai topi keledar bertutup penuh menaiki beberapa motosikal tiba-tiba muncul sebelum menyerang mangsa.
“Kejadian ini berlaku begitu pantas dan orang ramai yang melihat kejadian terpaksa melarikan diri kerana mereka ganas dan bersenjata.
“Beberapa minit menetak mangsa, mereka melarikan diri ke arah jalan besar sebelum polis dihubungi,” katanya mendakwa turut mengenali mangsa.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi talian Rakan Cop di 03-21159999 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. - Sumber

0 Ulasan:
Catat Ulasan