KUALA LUMPUR: Jika bukan kerana tetakan parang seorang perompak tersasar, seorang tukang kebun mungkin kehilangan kepalanya ketika rumahnya diserbu lima penjenayah.
Bagaimanapun, mangsa J Rajasekar, 21, hanya cedera ringan di leher apabila mata parang berkenaan tersasar beberapa sentimeter dan menghiris kulit lehernya saja.
Mangsa yang ditemui semalam berkata, dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, dia bersama adik perempuannya berada di rumah mereka di Taman Yew Lai di sini.
Menurutnya, beberapa lelaki tidak dikenali muncul dan mengetuk pintu rumahnya berulang kali menyebabkan dia curiga dan mengurung diri dalam rumah.
“Bagaimanapun, seorang daripada penjenayah itu mengacukan pistol ke arah kami dari jeriji pintu menyebabkan adik perempuan saya terpaksa membuka pintu,” katanya.
Dia berkata, lima lelaki berkenaan menyerbu masuk sambil seorang daripada mereka melibas parang ke arah saya.
Menurutnya, serangan mendadak seorang penjenayah itu bagaimanapun, sedikit tersasar apabila mata parang berkenaan hanya mengenai bahagian luar kulit lehernya menyebabkan dia mengalami luka sepanjang enam sentimeter.
“Pada masa sama, seorang penjenayah yang berpistol mengacukan senjata terbabit ke arah dahi saya sambil mengugut supaya tidak melawan,” katanya.
Dia berkata, kumpulan lelaki itu menyelongkar rumahnya sebelum mengambil rantai emas, cincin, gelang tangan, subang, lapan keping wang emas serta wang tunai berjumlah RM3,000.
Mangsa mendakwa, adiknya turut dipukul selepas berkeras tidak mahu memberitahu tempat simpanan barang berharga.
Kejadian rompakan terbabit menyebabkan mangsa kerugian lebih RM40,000 berikutan semua barang pusaka milik keluarganya dilarikan. - Sumber

0 Ulasan:
Catat Ulasan