Rabu, 28 Mei 2008

Wang - Kuala Lumpur (Sungai Buloh) MEI

KUALA LUMPUR: “Saya melakukan perbuatan itu kerana desakan hidup,” rayu Mohd Rabbani Abd Razak, 23, sebelum Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhi hukuman penjara 18 bulan dan satu sebatan atas kesalahan merompak bersenjatakan parang terhadap seorang pelajar, dua tahun lalu.

Menurutnya, akibat tidak mempunyai pekerjaan tetap dan terpengaruh dengan rakan sebaya menyebabkan dia terjebak dengan kegiatan jenayah itu.

“Saya berasal daripada keluarga miskin, bapa seorang pesara dengan mendapat pencen RM300 sebulan, manakala ibu tidak bekerja dan menghidap kencing manis.

“Sebelum ini, saya membantu rakan berniaga dengan pendapatan kira-kira RM600 sebulan dan sebahagian gaji diberikan kepada bapa bagi menanggung dua adik yang bersekolah,” katanya. - Sumber

0 Ulasan: