KULIM: Lebih 20 lelaki dengan 15 daripada mereka bersenjatakan parang dan pisau menyerbu serta menyamun sekumpulan warga Bangladesh di asrama mereka di rumah kedai di Taman Lobak, Lunas, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, tiga pekerja cedera ringan akibat terkena senjata tajam manakala yang lain mengalami lebam akibat ditumbuk kumpulan lelaki terbabit.
Asrama pekerja warga Bangladesh itu menempatkan seramai 28 pekerja yang bekerja di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kulim, Kelang Lama, di sini.
Sumber berkata, sebelum kejadian, semua pekerja terbabit bersiap untuk ke tempat kerja dan dua daripada mereka yang turun lebih awal mendapati sekumpulan lelaki berada di luar sebaik membuka pintu.
Katanya, dua pekerja terbabit kemudian diugut dengan parang diletakkan di leher mereka sebelum mereka diarahkan naik semula ke asrama.
“Kumpulan lelaki itu terus menyerbu masuk ke dalam asrama sebaik pintu dibuka sambil mengacukan parang dengan mengarahkan semua pekerja naik semula ke atas.
“Kira-kira 15 daripada lelaki itu memakai topi keledar didapati bersenjatakan parang dan pisau, manakala selebihnya menunggu di luar. Mereka memukul semua pekerja sambil meminta wang tunai dan barang berharga.
“Penjenayah kemudian merampas 15 telefon bimbit, dua pemain cakera padat digital, 28 kad juruwang automatik (ATM), buku akaun bank serta wang dengan nilai keseluruhan kira-kira RM5,000,” katanya.
Sumber itu berkata, sebelum beredar, penjenayah turut mengugut pekerja terbabit supaya tidak membuat laporan polis di mana mereka mendakwa akan melakukan samun sekali lagi jika berdegil.
Katanya, pekerja terbabit kemudian menghubungi majikan mereka bagi memaklumkan kejadian sebelum membuat laporan di Balai Polis Lunas.
Sementara itu, pegawai kilang terbabit, Samuel Walter berkata, dia menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 8 pagi lalu bergegas ke asrama untuk membawa pekerja membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, mengesahkan menerima laporan kejadian. - Sumber

0 Ulasan:
Catat Ulasan