KUALA TERENGGANU: Sekumpulan enam penjenayah warga Indonesia, dipercayai anggota ‘Geng Parang’, melarikan sepucuk pistol jenis .38 milik seorang pegawai kanan Padi Beras Nasional (Bernas) cawangan Besut berusia 50 tahun di Jertih, awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi, perompak bersenjatakan parang dikatakan menceroboh rumah mangsa sebelum melarikan senjata api berkenaan yang disimpan di bilik tidur.
Menurutnya, ketika menggeledah rumah berkenaan, perompak terbabit turut mengikat tangan mangsa, isteri dan dua anak perempuan mereka sebelum mengambil rantai emas dipakai isteri mangsa serta sebuah komputer riba lalu melarikan diri.
Katanya, mangsa yang dapat membuka ikatan tidak lama kemudian terus membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Jertih, kira-kira jam 4.20 pagi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
“Susulan aduan itu, polis mengadakan sekatan jalan raya di Besut dan daerah lain di negeri ini, namun gagal mengesan mereka kerana mungkin sudah jauh dari Besut disebabkan kejadian berlaku lebih satu jam.
“Orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut atau balai berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. - Sumber

0 Ulasan:
Catat Ulasan