KUANTAN: Seorang penjenayah yang dipercayai baru menyamun seorang peniaga sayur, mati ditembak selepas cuba menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang, awal pagi semalam.
Suspek, dikenali M Shukri, 29, dari Lombok, Indonesia dikatakan maut di tempat kejadian akibat terkena beberapa das tembakan, dalam kejadian yang berlaku di Felda Chini Tiga, dekat Pekan.
Sebelum kejadian, suspek bersama dua rakannya dikatakan mengikat dan menyamun seorang peniaga sayur berusia 47 tahun, di Kampung Pahang Soi, di sini, kira-kira jam 4.30 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata suspek dan tiga rakannya dipercayai menaiki dua kenderaan sebelum berhenti di belakang rumah mangsa.
Menurutnya, tiga daripada mereka kemudian memasuki rumah dengan mengumpil tingkap belakang sebelum membuka pintu dapur dan mengejutkan mangsa serta empat ahli keluarganya yang sedang tidur.
Beliau berkata, suspek kemudian dipercayai mengikat mangsa, isteri dan anaknya menggunakan wayar pengecas bateri telefon bimbit sebelum menggeledah rumah mangsa.
"Empat lelaki terbabit kemudian mengambil wang tunai, telefon bimbit dan barang kemas, sebelum melarikan diri dengan memandu Proton Waja milik mangsa.
"Susulan daripada laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian membuat sekatan jalan raya di laluan keluar dari bandar ini sebelum terserempak dua buah kereta Proton Waja.
"Polis kemudian mengejar kereta berkenaan sehingga ke Felda Chini Tiga sebelum kereta dinaiki suspek berhenti di tepi jalan dan cuba melarikan diri ke kawasan ladang," katanya.
Menurutnya, anggota polis kemudian mengejar suspek sehingga ke ladang dan melepaskan beberapa das tembakan amaran supaya mereka menyerah diri.
Bagaimanapun, katanya, seorang daripada suspek cuba menyerang dan melibas parang ke arah anggota polis sebelum anggota itu melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai tubuh suspek. - Sumber

0 Ulasan:
Catat Ulasan