GOMBAK: Seorang lelaki tergamam apabila sekumpulan pemuda yang melepak di hadapan rumahnya di Taman Desa Jaya, di sini, tiba-tiba memanjat pagar dan menyamun keluarganya dengan bersenjatakan parang, malam kelmarin.
Selain itu, seorang daripada penjenayah terbabit bertindak ganas apabila sanggup menetak badan anak lelaki mangsa selepas remaja itu dikatakan cuba menyelamatkan keluarganya daripada dicederakan.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa serta isterinya dipercayai sedang menonton televisyen di ruang tamu dan dikejutkan dengan bunyi agak bising dari arah hadapan rumahnya.
Sumber polis berkata, mangsa kemudian membuka pintu serta keluar untuk memeriksa keadaan di luar rumah dan mendapati tiga lelaki berusia lingkungan 20-an sedang melepak di hadapan pagar rumahnya.
"Mangsa seterusnya menghampiri kumpulan pemuda berkenaan dan bertanyakan tujuan mereka melepak di situ serta menasihatkan tidak terlalu bising.
"Semua lelaki berkenaan kemudian memberitahu mangsa mereka hanya mahu berborak dan tidak akan mengganggu keluarganya," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Menurut sumber itu, ketika mangsa ingin masuk semula ke rumah, tiga pemuda tiba-tiba memanjat pagar dan meluru ke arahnya sambil mengacu parang.
"Suspek kemudian mengarahkan mangsa mengumpul semua barangan berharga dan mengugut akan mencederakan ahli keluarganya jika enggan berbuat demikian.
"Akibat terlalu panik, seorang suspek dikatakan secara tiba-tiba menghayun parangnya ke arah mangsa. Bagaimanapun, tetakan itu mengenai badan anak lelaki mangsa yang meluru keluar dari bilik kerana cuba menyelamatkan bapanya," katanya.
Menurutnya, penjenayah terbabit kemudian mengumpulkan lima telefon bimbit, sebuah komputer serta kamera digital dan sejumlah wang tunai termasuk kad kredit yang diperoleh daripada dompet isteri mangsa. - Sumber

0 Ulasan:
Catat Ulasan