MELAKA: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental terpaksa dipujuk beberapa kali selepas `mengancam' anggota bomba dengan parang yang cuba memadamkan kebakaran rumahnya di Taman Saujana Indah Bukit Katil, dekat sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian jam 12.48 tengah hari itu, lelaki dikenali sebagai 'Ah Chai' berusia 50-an, turut mencederakan pergelangan tangannya sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Syed Sharil Anuar Syed Salim, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada jam 12.48 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian.
Beliau berkata, dua kereta bomba termasuk dari Ayer Keroh bersama 12 anggota bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran terutama di bahagian dapur rumah teres berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, bomba sukar masuk ke dalam rumah kerana berkunci dari dalam sehingga anggota bomba terpaksa memotong jeriji dan mangga.
"Ketika anggota bomba masuk ke dalam rumah berkenaan, seorang lelaki dilihat memegang parang bersama ibunya berusia 77 tahun.
"Lelaki itu menghayun parang untuk menakutkan tiga anggota bomba yang cuba memujuknya manakala anggota lain memadamkan kebakaran.
"Selepas dipujuk beberapa kali, lelaki berkenaan membuang parang itu dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) terpaksa mengikat tangannya sebelum dibawa ke hospital," katanya.
Syed Sharil berkata, bomba menjumpai pemetik api dipercayai digunakan lelaki itu membakar rumahnya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah daerah Melaka Tengah, Deputi Superintendan Gan Chip Pho ketika dihubungi mengesahkan kejadian kebakaran itu dan seorang lelaki mencederakan dirinya.
Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada lelaki itu cedera disebabkan kebakaran atau cuba membunuh diri. - Sumber

0 Ulasan:
Catat Ulasan